PENGASINGAN KUASA

Petunjuk : tekan pada skrin




Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Aina Syafni
Others:   


VIDEO PENILAIAN



2.6.2 PENGASINGAN KUASA




  1. Pembahagian kuasa pemerintahan kepada badan perundangan(legislatif), badan pentadbiran(eksekutif), dan badan kehakiman(judiciary).
  2. Teori dikemukakan oleh John Locke.
  3. Dikembangkan oleh Montesquieu pada abad ke-18.
  4. Ranjit Singh menyatakan bahawa idea pembahagian kuasa pemerintahan antara badan perundangan, pentadbiran, dan kehakiman seharusnya dilaksanakan oleh orang yang berlainan.
  5.         Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara bertindak sebagai ketua bagi ketiga-tiga badan pemerintahan tersebut.




     
       KONSEP PENGASINGAN KUASA





         Matlamat Pengasingan Kuasa:


  1.       Mengelakkan kuasa mutlak berpusat sesuatu badan.
  2.       Setiap badan pemerintah berperanan sebagai pemeriksa dan pengimbang(check and balance)
  3.       Di Malaysia, idea ini untuk mengelakkan kuasa mutlak berpusat pada satu-satu badan ini sukar dilaksanakan secara menyeluruh. 


      Sebagai contoh, Badan Pemerintah peringkat persekutuan dan negeri diizinkan oleh Perlembagaan Persekutuan untuk menggubal, meminda,dan meluluskan undang-undang atas nama Parlimen untuk dikuatkuasakan oleh menteri atau pihak berkuasa lain(pejawat eksekutif). Hal ini bermakna, kuasa Badan Perundangan untuk menggubal undang-undang telah diamanahkan dan diwakilkan kepada Badan Pemerintah sama ada di peringkat persekutuan atau negeri. Amalan ini dinamakan sebagai undang-undang perwakilan(delegated legislation). Namun, pengasingan kuasa antara kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, dan kerajaan tempatan yang berlaku mengikut syarat-syarat yang diizinkan tetap memberikan kesan kepada tidak berlakunya monopoli kuasa kepada satu-satu pihak sahaja.




BADAN PERUNDANGAN (LEGISTLATIF)



Badan perundangan di Malaysia terbahagi kepada dua:

1. Parlimen(Badan Perundangan Persekutuan)
  • Yang di-Pertuan Agong
  • Dewan Negara
  • Dewan Rakyat

2. Badan Undangan Negeri(Badan Perundangan Negeri)
  • Raja(Sultan/Yang di-Pertua Negeri/Yang di-Pertuan Besar)
  • Dewan Undangan


Senarai Persekutuan,Bersama dan Negeri




PERINGKAT PERSEKUTUAN

Parlimen:


 Perkara 44(4) Perlembagaan Persekutuan

  1. Menjelaskan bahawa kuasa perundangan Malaysai terletak pada Parlimen iaitu Yang di-Pertuan Agong(YDPA) dan Dua Majlis(Dewan Negara & Dewan Rakyat).
  2. Badan perundangan bgi kerajaan Persekutuan yang berfungsi untuk menggubal dan meluluskan undang-undang persekutuan.
  3. Membuat pindaan kepada undang-undang negara.
  4. Memeriksa dasar-dasar kerajaan.
  5. Meluluskan perbelanjaan kerajaan.
  6. Meluluskan hasil cukai-cukai baharu.


       Perkara 55 Perlembagaan Malaysia

  1. Hanya YDPA sahaja boleh memanggil Parlimen untuk bersidang.
  2. Mempunyai kuasa mutlak untuk menghentikan atau membubarkan Parlimen.
  3. Parlimen kekal untuk 5 tahun dari tarikh pertama persidangan selepas pilihan raya umum.
  4. Pilihan raya diadakan bagi memilih wakil-wakil Dewan Rakyat dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak.
     

Perkara 66(4) Perlembagaan Malaysia

  1. YDPA hendaklah memperkenan sesuatu rang undang-undang yang dipersembahkan dalam tempoh 30 hari.
  2. Jika tidak, rang undang-undang tersebut menjadi undang-undang setelah tamat tempoh.
  3. Parlimen berkuasa untuk menangguhkan penguatkuasaan sesuatu undang-undang atau menjadikan undang-undang berkuatkuasa kebelakangan(bermula lebih awal dari tarikh yang diwartakan.)


PROSEDUR PEMBENTUKAN UNDANG-UNDANG PERSEKUTUAN





Dewan Negara:

  1. Dewan tertinggi dalam badan perundangan di Malaysia.
  2. Membahas rang undang-undang dengan lebih teliti.
  3. Diwujudkan adalah untuk memastikan kepentingan setiap kerajaan negeri terjamin.
  4. Ini kerana keahlian untuk setiap negeri dalam Dewan Negara adalah ditetapkan dua orang.
  5. Setiap ahli Dewan Negara dikenali sebagai “Senator”.
  6. Jawatan ahli DN dipegang selama 3 tahun dan boleh disambung dengan perlantikan baharu.
  7. Jika ahli Dewan Negeri bercuti atau meninggal dunia, seorang ahli tertentu akan dipilih atau dilantik dalam tempoh 60 hari tarikh kekosongan.






Bentuk Keahlian Dewan Negara




Dewan Rakyat:

  1. Komponen sangat penting dalam badan Perundangan Malaysia.
  2. Fasal(1), Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan keanggotaan Dewan Rakyat seramai 222 ahli.
  3. Fasal(2) Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan pula menjelaskan bilangan ahli Dewan Rakyat yang mewakili satu kawasan pilihan raya.
  4. Ahli Dewan Rakyat dipilih secara langsung oleh rakyat melalui pilihan raya umum yang diadakan 5 tahun sekali.
  5. Parti yang mendapat undian tertinggi membentuk kerajaan Persekutuan bagi mentadbir negara.
  6. Diketuai oleh seorang Yang di-Pertua.
  7.  Dibantu oleh 2 Timbalan Yang di-Pertua serta seorang setiausaha.
  8. YDP Dewan Rakyat boleh dipilih dari kalangan ahli dewan rakyat(Perkara 57 Perlembagaan Persekutuan).
  9. Bukan ahli Dewan Rakyat dengan syarat beliau mengangkat sumpah dan mengaku taat setia(Perkara 57(1)(a) Persekutuan).
  10. Sekiranya bukan ahli Dewan Rakyat maka beliau dianggap sebagai ahli Dewan Rakyat Tambahan.

Bilangan Ahli Dewan Rakyat:

Perkara 46 Fasal(2) Perenggan(a):
Johor (26)
Kedah (15)
Kelantan (14)
Melaka (6)
Negeri Sembilan (8)
Pahang (14)
Pulau Pinang (13)
Perak (24)
Perlis (3)
Sabah (25)
Sarawak (31)
Selangor (22)
Terengganu (8)

Perkara 46 Fasal (2) Perenggan(b):
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (11)
Wilayah Persekutuan Labuan (1)
Wilayah Persekutuan Selangor (1)



Syarat kelayakan untuk calon ahli Dewan Rakyat termaktub dalam Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan. Ahli Dewan Rakyat pula boleh hilang kelayakan atas sebab-sebab tertentu seperti yang termaktub dalam Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan. Syarat kelayakan calon ahli Dewan Rakyat dan kehilangan keahlian Dewan Rakyat adalah seperti berikut:





PERINGKAT NEGERI

  1. Badan Perundangan Negeri ialah kuasa perundangan peringkat negeri.
  2. Terdiri daripada Sultan/Yang di-Pertua Negeri/Yang di-Pertua Besar) dan Dewan Undangan(DUN).
  3. Berfungsi menggubal,meminda dan meluluskan undang-undang untuk negeri sahaja.

Prosedur pembentukan undang-undang negeri ialah:


Seksyen 5, Jadual Kelapan, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kelayakan ahli DUN. Seseorang itu boleh hilang kelayakan menjadi DUN jika terdapat sebab-sebab seperti yang termaktub dalam Seksyen 6, Jadual Kelapan dalam Perlembagaan Persekutuan. Kelayakan ahli dan kehilangan kelayakan adalah seperti yang berikut:




BADAN PENTADBIRAN (EKSEKUTIF)


Badan pentadbiran berperanan sebagai:
          
  • Bermula dengan pengenalan Sistem Ahli pada 1951.
  •  Sistem Ahli, beberapa jabatan diletak di bawah kawalan seorang ahli yang bertinda sebagai seorang menteri bagi jawatan tertentu.
  •  Sistem Ahli berakhir apabila pilihan raya pertama diadakan pada Ogos 1955.
  •  Kerajaan baharu dibentuk setelah Parti Perikatan menang 51 kerusi dari 52 yang dipertandingkan.
  •  Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilantik sebagai Ketua Menteri dan Perdana Menteri yang  pertama pada 31 Ogos 1957.
  •  Mengetuai Kabinet dan mesyuarat pertama Jemaah Menteri pada 10 September 1957 di Kuala  Lumpur.
  •   Bersama pemimpin-pemimpin Parti Perikatan yang menang dalam pilihan raya umum 1955. 





PERINGKAT PERSEKUTUAN


Rajah: Senarai Ahli Kabinet 2015


¨  Kabinet/Jemaah Menteri:

  1. Kuasa tertinggi BP(E) kerajaan Persekutuan ialah sistem Jemaah Menteri atau Kabinet.
  2. Kabinet: YDPA, Perdana Menteri & Jemaah Menteri.
  3. Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan mengkehendaki YDPA utk melantik PM dari parti yang mendapat kerusi majoriti di Dewan Rakyat sebagai ketua Jemaah Menteri.
  4. Perdana Menteri menasihati YDPA untuk melantik menteri-menteri lain dari mana mana Majlis Parlimen seperti termaktub dalam Perkara 43(2)(b) Perlembagaan Persekutuan.
  5. Seorang timbalan menteri juga dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri bagi membantu tugas menteri seperti dalam Perkara 43A(1).
  6. Perkara 43C Perlembagaan Persekutuan membenarkan PM melantik beberapa orang sebagai setiausaha politik.
  7. YDPA boleh melucutkan jawatan PM yang termaktub dalam Perkara 43(4).
  8. Apabila Dewan Rakyat hilang kepercayaan kepada PM maka beliau hendaklah meletak jawatan Jemaah Menteri atau meminta YDPA membubarkan Parlimen.


¨  Kementerian,Jabatan dan Badan-Badan Kerajaan:

  1. Kementerian agensi tertinggi dalam jentera pentadbiran Persekutuan.
  2. Bilangan kementerian bergantung kepada keadaan dan pandangan Perdana Menteri.
  3. Kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan, merancang dan menyelaraskan dasar-dasar tersebut.
  4. Kementerian diketuai oleh seorang menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen.
  5. Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri boleh mengetuai sebuah atau beberapa buah kementerian yang lain.
  6. Bagi menteri yang tidak mengetuai mana-mana kementerian ditugaskan di Jabatan Perdana Menteri .
  7. Melaksanakan tanggungjawab tertentu dan dikenali sebagai Menteri Tanpa Berportfolio.
  8. Ketua Setiausaha(KSU) menjadi penasihat utama kepada menteri dan bertanggungjawab melaksanakan arahan-arahan menteri dan program-program peringkat kementerian
  9. Jabatan adalah agensi pelaksana bagi sesebuah kementerian atau pentadbiran negeri.
  10. Jabatan-jabatan kerajaan diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenali sebagai Ketua Pengarah.
  11. Semua kakitangan Perkhidmatan Awam bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar-dasar yang ditetapkan kerajaan.
  12. Perbadanan Awam ialah agensi separuh kerajaan dalam bidang pembangunan sosioekonomi negara.
  13. Bebas dari peraturan pentadbiran kerajaan.
  14. Cth: Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia(FINAS).
  15. Badan Berkanun ialah agensi separuh kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Parlimen atau Enakmen Negeri.
  16. Ketua digelar Pengerusi.
  17. Berfungsi untuk melicinkan pentadbiran dan perlaksanaan program pembangunan negara.
  18. Mempunyai kuasa autonomi dan peruntukan kewangan sendiri.
  19. Cth: Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP), Majlis Amanah Rakyat(MARA), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia(MARDI).



PERINGKAT NEGERI

  1. Kuasa tertinggi ialah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
  2. Badan kepimpinan negeri yang membuat dasar dan melaksanakan pemerintahan bg sebuah negeri.
  3. Terdiri dari Raja, Menteri Besar dan ahli Majlis terdiri dari 4 hingga 10 orang ahli dalam kalangan ahli Dewan Undangan.
  4. Seksyen 2(2)(a) Jadual Kelapan dalam Perlembagaan Persekutuan mengkehendaki Raja melantik Menteri Besar dan Ahli Dewan Undangan sebagai Ketua Jemaah Menteri.
  5. Menteri Besar menasihati Raja melantik untuk melantik ahli lain daripada kalangan ahli Dewan Undangan.





BADAN KEHAKIMAN (JUDICIARY)




Badan kehakiman berperanan dalam aspek:

  • Bertanggungjawab memastikan Perlembagaan Persekutuan dipatuhi.
  • Menegakkan keadilan mengikut peruntukan undang-undang agar hak asasi manusia dapat dilindungi.
  •  Mempunyai kuasa untuk membicarakan dan menyelesaikan permasalahan .
  • Menghukum pesalah melalui pihak mahkamah.
  •  Mentafsir perlembagaan dan undang-undang.



Badan Kehakiman Di Malaysia







 Mahkamah Persekutuan:

  1. Mahkamah tertinggi di Malaysia-diketuai oleh Ketua Hakim Negara.
  2. Perkara 121(2) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan tentang bidang kuasa Mahkamah Persekutuan seperti:
    •          Memutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi atau seseorang hakimnya.
    •      Apa-apa bidang kuasa asal atau runding yang dinyatakan dalam Perkara 128 (Mengisytihar sesuatu undang-undang Persekutuan dan undang-undang Negeri sebagai tidak sah)dan Perkara 130(bidang kuasa nasihat Mahkamah Persekutuan)
    •      Lain-lain bidang kuasa yg diberi atau di bawah undang-undang persekutuan.

Rajah: Mahkamah Persekutuan



Mahkamah Rayuan:

  1. Ahli bagi Mahkamah Rayuan terdiri dari seorang pengerusi(Presiden Mahkamah Rayuan) dan hakim lain tidak lebih 32 orang.
  2. Pelantikan dibuat oleh YDPA.
  3. Bidang kuasa Mahkamah Rayuan termaktub dalam Perkara 121(B):
    •   Memutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi atau seseorang hakimnya.
    •   Lain-lain bidang kuasa yang dberi atau di bawah undang-undang Persekutuan.
Rajah: Mahkamah Rayuan




Mahkamah Tinggi:

  1.       Melaksanakan penyeliaan, mengubah keputusan semua Mahkamah Bawahan.
  2.       Membicarakan semua rayuan dari Mahkamah Bawahan sama ada kes sivil atau kes jenayah.
  3.       Kuasa tidak terhad kepada semua kes jenayah kecuali perkara yang berkaitan undang-undang Islam.
  4.       Membicarakan kes-kes berkaitan:
    •       Penjagaan kanak-kanak dan orang tidak siuman, perkahwinan, wasiat serta penceraian bagi bukan Islam.
    •            Kemuflisan.
    •            Injuksi, pelaksanaan tertentu(specific performance) atau pembatalan kontrak.
    •       Kesahan individu.
Rajah: Mahkamah Tinggi



 Mahkamah Sesyen:

  1. Membicarakan kes sivil dan jenayah di Malaysia.
  2. Mempunyai kuasa untuk membicarakan segala kesalahan kecuali kesalahan hukuman mati.
  3. Akta Mahkamah Rendah 1948 menjelaskan bidang kuasa Mahkamah Sesyen:
    • Membicarakan kes sivil berkaitan kemalangan kenderaan motor, tuan tanah, penyewa serta distres.
    • Membicarakan kes sivil yang melibatkan amaun atau nilai hal dituntut tidak lebih RM250K.




Mahkamah Majistret:

Rajah: Bidang Kuasa Jenayah dan Sivil Mahkamah Majistret

   
Rajah: Mahkamah Majistret




Mahkamah Penghulu:

  1.       Berkuasa untuk mendengar dan memutuskan prosiding asal kes sivil.
  2.       Kesalahan jenayah kecil.



Mahkamah Syariah:

  1.       Mahkamah dibawah kuasa Kerajaan Negeri.
  2.       Mengadili umat Islam berkaitan undang-undang Islam.
  3.       Kesalahan hukum Syarak, dijatuhkan denda maksimum RM5K atau 6 kali sebatan atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut seperti yang termaktub dalam Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah(Bidang Kuasa Jenayah)1965.
Rajah: Mahkamah Syariah








KESIMPULAN

Pada kesimpulannya, di Malaysia sistem politik yang berasaskan pengasingan kuasa iaitu badan perundangan(legislatif), badan pentadbiran(eksekutif) dan badan kehakiman(judiciary) membuktikan sebuah sistem pemerintahan yang kemas dan berkesan dalam mentadbir negara. biarpun berlaku pertindihan kuasa mahupun ketidakpuasan kuasa, namun hal berkenaan tidak menjadi penghalang dan alasan untuk mereka meluaskan kuasa. Malahan dapat memantapkan lagi sistem pemerintahan sedia ada.Kewujudan jentera pentadbiran yang kemas melalui kementerian-kementerian di peringkat persekutuan juga dengan dengan kerja sama Kerajaan Negeri,telah membuktikan keamanan dan kemakmuran boleh dicapai dalam sebuah negara yang berbilang kaum.