PENGASINGAN KUASA

Petunjuk : tekan pada skrin




Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Aina Syafni
Others:   


BADAN PERUNDANGAN (LEGISTLATIF)



Badan perundangan di Malaysia terbahagi kepada dua:

1. Parlimen(Badan Perundangan Persekutuan)
  • Yang di-Pertuan Agong
  • Dewan Negara
  • Dewan Rakyat

2. Badan Undangan Negeri(Badan Perundangan Negeri)
  • Raja(Sultan/Yang di-Pertua Negeri/Yang di-Pertuan Besar)
  • Dewan Undangan


Senarai Persekutuan,Bersama dan Negeri




PERINGKAT PERSEKUTUAN

Parlimen:


 Perkara 44(4) Perlembagaan Persekutuan

  1. Menjelaskan bahawa kuasa perundangan Malaysai terletak pada Parlimen iaitu Yang di-Pertuan Agong(YDPA) dan Dua Majlis(Dewan Negara & Dewan Rakyat).
  2. Badan perundangan bgi kerajaan Persekutuan yang berfungsi untuk menggubal dan meluluskan undang-undang persekutuan.
  3. Membuat pindaan kepada undang-undang negara.
  4. Memeriksa dasar-dasar kerajaan.
  5. Meluluskan perbelanjaan kerajaan.
  6. Meluluskan hasil cukai-cukai baharu.


       Perkara 55 Perlembagaan Malaysia

  1. Hanya YDPA sahaja boleh memanggil Parlimen untuk bersidang.
  2. Mempunyai kuasa mutlak untuk menghentikan atau membubarkan Parlimen.
  3. Parlimen kekal untuk 5 tahun dari tarikh pertama persidangan selepas pilihan raya umum.
  4. Pilihan raya diadakan bagi memilih wakil-wakil Dewan Rakyat dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak.
     

Perkara 66(4) Perlembagaan Malaysia

  1. YDPA hendaklah memperkenan sesuatu rang undang-undang yang dipersembahkan dalam tempoh 30 hari.
  2. Jika tidak, rang undang-undang tersebut menjadi undang-undang setelah tamat tempoh.
  3. Parlimen berkuasa untuk menangguhkan penguatkuasaan sesuatu undang-undang atau menjadikan undang-undang berkuatkuasa kebelakangan(bermula lebih awal dari tarikh yang diwartakan.)


PROSEDUR PEMBENTUKAN UNDANG-UNDANG PERSEKUTUAN





Dewan Negara:

  1. Dewan tertinggi dalam badan perundangan di Malaysia.
  2. Membahas rang undang-undang dengan lebih teliti.
  3. Diwujudkan adalah untuk memastikan kepentingan setiap kerajaan negeri terjamin.
  4. Ini kerana keahlian untuk setiap negeri dalam Dewan Negara adalah ditetapkan dua orang.
  5. Setiap ahli Dewan Negara dikenali sebagai “Senator”.
  6. Jawatan ahli DN dipegang selama 3 tahun dan boleh disambung dengan perlantikan baharu.
  7. Jika ahli Dewan Negeri bercuti atau meninggal dunia, seorang ahli tertentu akan dipilih atau dilantik dalam tempoh 60 hari tarikh kekosongan.






Bentuk Keahlian Dewan Negara




Dewan Rakyat:

  1. Komponen sangat penting dalam badan Perundangan Malaysia.
  2. Fasal(1), Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan keanggotaan Dewan Rakyat seramai 222 ahli.
  3. Fasal(2) Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan pula menjelaskan bilangan ahli Dewan Rakyat yang mewakili satu kawasan pilihan raya.
  4. Ahli Dewan Rakyat dipilih secara langsung oleh rakyat melalui pilihan raya umum yang diadakan 5 tahun sekali.
  5. Parti yang mendapat undian tertinggi membentuk kerajaan Persekutuan bagi mentadbir negara.
  6. Diketuai oleh seorang Yang di-Pertua.
  7.  Dibantu oleh 2 Timbalan Yang di-Pertua serta seorang setiausaha.
  8. YDP Dewan Rakyat boleh dipilih dari kalangan ahli dewan rakyat(Perkara 57 Perlembagaan Persekutuan).
  9. Bukan ahli Dewan Rakyat dengan syarat beliau mengangkat sumpah dan mengaku taat setia(Perkara 57(1)(a) Persekutuan).
  10. Sekiranya bukan ahli Dewan Rakyat maka beliau dianggap sebagai ahli Dewan Rakyat Tambahan.

Bilangan Ahli Dewan Rakyat:

Perkara 46 Fasal(2) Perenggan(a):
Johor (26)
Kedah (15)
Kelantan (14)
Melaka (6)
Negeri Sembilan (8)
Pahang (14)
Pulau Pinang (13)
Perak (24)
Perlis (3)
Sabah (25)
Sarawak (31)
Selangor (22)
Terengganu (8)

Perkara 46 Fasal (2) Perenggan(b):
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (11)
Wilayah Persekutuan Labuan (1)
Wilayah Persekutuan Selangor (1)



Syarat kelayakan untuk calon ahli Dewan Rakyat termaktub dalam Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan. Ahli Dewan Rakyat pula boleh hilang kelayakan atas sebab-sebab tertentu seperti yang termaktub dalam Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan. Syarat kelayakan calon ahli Dewan Rakyat dan kehilangan keahlian Dewan Rakyat adalah seperti berikut:





PERINGKAT NEGERI

  1. Badan Perundangan Negeri ialah kuasa perundangan peringkat negeri.
  2. Terdiri daripada Sultan/Yang di-Pertua Negeri/Yang di-Pertua Besar) dan Dewan Undangan(DUN).
  3. Berfungsi menggubal,meminda dan meluluskan undang-undang untuk negeri sahaja.

Prosedur pembentukan undang-undang negeri ialah:


Seksyen 5, Jadual Kelapan, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kelayakan ahli DUN. Seseorang itu boleh hilang kelayakan menjadi DUN jika terdapat sebab-sebab seperti yang termaktub dalam Seksyen 6, Jadual Kelapan dalam Perlembagaan Persekutuan. Kelayakan ahli dan kehilangan kelayakan adalah seperti yang berikut: