PENGASINGAN KUASA

Petunjuk : tekan pada skrin




Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Aina Syafni
Others:   


2.6.2 PENGASINGAN KUASA




  1. Pembahagian kuasa pemerintahan kepada badan perundangan(legislatif), badan pentadbiran(eksekutif), dan badan kehakiman(judiciary).
  2. Teori dikemukakan oleh John Locke.
  3. Dikembangkan oleh Montesquieu pada abad ke-18.
  4. Ranjit Singh menyatakan bahawa idea pembahagian kuasa pemerintahan antara badan perundangan, pentadbiran, dan kehakiman seharusnya dilaksanakan oleh orang yang berlainan.
  5.         Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara bertindak sebagai ketua bagi ketiga-tiga badan pemerintahan tersebut.




     
       KONSEP PENGASINGAN KUASA





         Matlamat Pengasingan Kuasa:


  1.       Mengelakkan kuasa mutlak berpusat sesuatu badan.
  2.       Setiap badan pemerintah berperanan sebagai pemeriksa dan pengimbang(check and balance)
  3.       Di Malaysia, idea ini untuk mengelakkan kuasa mutlak berpusat pada satu-satu badan ini sukar dilaksanakan secara menyeluruh. 


      Sebagai contoh, Badan Pemerintah peringkat persekutuan dan negeri diizinkan oleh Perlembagaan Persekutuan untuk menggubal, meminda,dan meluluskan undang-undang atas nama Parlimen untuk dikuatkuasakan oleh menteri atau pihak berkuasa lain(pejawat eksekutif). Hal ini bermakna, kuasa Badan Perundangan untuk menggubal undang-undang telah diamanahkan dan diwakilkan kepada Badan Pemerintah sama ada di peringkat persekutuan atau negeri. Amalan ini dinamakan sebagai undang-undang perwakilan(delegated legislation). Namun, pengasingan kuasa antara kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, dan kerajaan tempatan yang berlaku mengikut syarat-syarat yang diizinkan tetap memberikan kesan kepada tidak berlakunya monopoli kuasa kepada satu-satu pihak sahaja.