PENGASINGAN KUASA

Petunjuk : tekan pada skrin




Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Aina Syafni
Others:   


BADAN PENTADBIRAN (EKSEKUTIF)


Badan pentadbiran berperanan sebagai:
          
  • Bermula dengan pengenalan Sistem Ahli pada 1951.
  •  Sistem Ahli, beberapa jabatan diletak di bawah kawalan seorang ahli yang bertinda sebagai seorang menteri bagi jawatan tertentu.
  •  Sistem Ahli berakhir apabila pilihan raya pertama diadakan pada Ogos 1955.
  •  Kerajaan baharu dibentuk setelah Parti Perikatan menang 51 kerusi dari 52 yang dipertandingkan.
  •  Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilantik sebagai Ketua Menteri dan Perdana Menteri yang  pertama pada 31 Ogos 1957.
  •  Mengetuai Kabinet dan mesyuarat pertama Jemaah Menteri pada 10 September 1957 di Kuala  Lumpur.
  •   Bersama pemimpin-pemimpin Parti Perikatan yang menang dalam pilihan raya umum 1955. 





PERINGKAT PERSEKUTUAN


Rajah: Senarai Ahli Kabinet 2015


¨  Kabinet/Jemaah Menteri:

  1. Kuasa tertinggi BP(E) kerajaan Persekutuan ialah sistem Jemaah Menteri atau Kabinet.
  2. Kabinet: YDPA, Perdana Menteri & Jemaah Menteri.
  3. Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan mengkehendaki YDPA utk melantik PM dari parti yang mendapat kerusi majoriti di Dewan Rakyat sebagai ketua Jemaah Menteri.
  4. Perdana Menteri menasihati YDPA untuk melantik menteri-menteri lain dari mana mana Majlis Parlimen seperti termaktub dalam Perkara 43(2)(b) Perlembagaan Persekutuan.
  5. Seorang timbalan menteri juga dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri bagi membantu tugas menteri seperti dalam Perkara 43A(1).
  6. Perkara 43C Perlembagaan Persekutuan membenarkan PM melantik beberapa orang sebagai setiausaha politik.
  7. YDPA boleh melucutkan jawatan PM yang termaktub dalam Perkara 43(4).
  8. Apabila Dewan Rakyat hilang kepercayaan kepada PM maka beliau hendaklah meletak jawatan Jemaah Menteri atau meminta YDPA membubarkan Parlimen.


¨  Kementerian,Jabatan dan Badan-Badan Kerajaan:

  1. Kementerian agensi tertinggi dalam jentera pentadbiran Persekutuan.
  2. Bilangan kementerian bergantung kepada keadaan dan pandangan Perdana Menteri.
  3. Kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan, merancang dan menyelaraskan dasar-dasar tersebut.
  4. Kementerian diketuai oleh seorang menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen.
  5. Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri boleh mengetuai sebuah atau beberapa buah kementerian yang lain.
  6. Bagi menteri yang tidak mengetuai mana-mana kementerian ditugaskan di Jabatan Perdana Menteri .
  7. Melaksanakan tanggungjawab tertentu dan dikenali sebagai Menteri Tanpa Berportfolio.
  8. Ketua Setiausaha(KSU) menjadi penasihat utama kepada menteri dan bertanggungjawab melaksanakan arahan-arahan menteri dan program-program peringkat kementerian
  9. Jabatan adalah agensi pelaksana bagi sesebuah kementerian atau pentadbiran negeri.
  10. Jabatan-jabatan kerajaan diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenali sebagai Ketua Pengarah.
  11. Semua kakitangan Perkhidmatan Awam bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar-dasar yang ditetapkan kerajaan.
  12. Perbadanan Awam ialah agensi separuh kerajaan dalam bidang pembangunan sosioekonomi negara.
  13. Bebas dari peraturan pentadbiran kerajaan.
  14. Cth: Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia(FINAS).
  15. Badan Berkanun ialah agensi separuh kerajaan yang ditubuhkan dibawah Akta Parlimen atau Enakmen Negeri.
  16. Ketua digelar Pengerusi.
  17. Berfungsi untuk melicinkan pentadbiran dan perlaksanaan program pembangunan negara.
  18. Mempunyai kuasa autonomi dan peruntukan kewangan sendiri.
  19. Cth: Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP), Majlis Amanah Rakyat(MARA), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia(MARDI).



PERINGKAT NEGERI

  1. Kuasa tertinggi ialah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
  2. Badan kepimpinan negeri yang membuat dasar dan melaksanakan pemerintahan bg sebuah negeri.
  3. Terdiri dari Raja, Menteri Besar dan ahli Majlis terdiri dari 4 hingga 10 orang ahli dalam kalangan ahli Dewan Undangan.
  4. Seksyen 2(2)(a) Jadual Kelapan dalam Perlembagaan Persekutuan mengkehendaki Raja melantik Menteri Besar dan Ahli Dewan Undangan sebagai Ketua Jemaah Menteri.
  5. Menteri Besar menasihati Raja melantik untuk melantik ahli lain daripada kalangan ahli Dewan Undangan.